PLEASE READ THESE TERMS:
[#o1] Selamat Datang ke blog kami ♥
[#o2] Jangan meniru cipta hak kami
[#o3] Pergilah jika kamu tidak bahagia dengan kami
[#o4] Komen sebelum pergi, yah?
[#o5] Jangan malu-malu atau segan! Kami semua baik hati orangnya.
[#o6] Harap kamu berseronok di blog kami(:
orang online
!KAMI
Nama kumpulan kami adalah Chef Nana
Sedang menuntut di Sekolah Menegah Bowen ♥
But we are already happy as it is. :D
Kami adalah insan-insan yang sempurna ♥
Ahli-ahli kumpulan ;
• Nurul Aini ♥
• Atiqah ♥
• Siti Namira ♥
• `Atikah ♥
Sekarang, kami berada di makmal komputer dan kami sudah menyelesaikan tugasan PowerPoint. Jika ada apa-apa yang perlu diperbaiki di blog ini, tolong beritahu kami.
Kami bercadang untuk memuatnaikkan gambar-gambar kami di blog ini. Keesokan hari, Atiqah akan membawa kamera ke sekolah dan barulah kami memetik gambar (:
apa yang kami telah dapat tahu lebih tentang ondeh-ondeh ialah:
Jika anda gemar makan durian,
anda harus merasa ondeh-ondeh durian.
Ia amat menakjubkan bagaimana mereka dapat memasukan durian puree ke dalam
kulit ondeh-ondeh yang lembut itu !
Selain daripada dapat merasakan rasa durian yang shiok itu,
kulitnya menambahkan keenakan rasa ondeh-ondeh tersebut.
jika ingin tahu lebih, sila ketik ke link yang disediakan ataupun selalu kunjungi blog kami !
sekian,
terima kasih
"nA mI rA
11:50 AM
hari ini tidak banyak yang boleh kami lakukan... informasi yang kami dapat jumpa semuanya dengan Atiqah... jadi kami terpaksa cari informasi lain untuk kemas kini blog kami... haish... sekarang, kami sedang mencari informasi yang sesuai... nanti saya sambung... hehe
"nA mI rA
Friday, March 14, 2008
8:49 PM
Ondeh-ondeh yang telah siap untuk makan ! Datuk saya sedang memperkenalkan Ondeh-Ondeh Cik Ros ! 4 batang gula melaka Dipotong sehingga kecil begini . 200g tepung . Ondeh-ondeh yang sedia untuk dipanaskan ! Ondeh-ondeh di dalam mulutnya . O untuk Ondeh-Ondeh ! Baiklah , sekarang masa untuk menonton video-videonya !
HARI ONDEH-ONDEH !
6:58 PM
HELLO !
Saya begitu ghairah hari ini . Sebabnya senang sahaja ; saya telah berseronok belajar membuat ondeh-ondeh bersama dengan nenek saya ! Tetapi , saya tidak dapat membuat ondeh-ondeh itu kerana tangan saya sedang memegang kamera untuk rekod video nenek saya yang sedang membikin ondeh-ondeh . Hmm ... lazat sekali !
Kamu semua mesti cuba ... tetapi bila yah ? Saya sendiri pun tidak tahu . Mungkin satu hari nanti saya akan membawa ondeh-ondeh nenek saya untuk kamu semua mencubanya ! Baiknya hati saya ni ! Heheh .
Baiklah , jika kamu tidak ada kerja apa-apa atau bosan di rumah , kamu boleh cuba untuk membikin ondeh-ondeh yang enak ini ! Saya akan memberi kamu semua resipi Nek Ros saya (:
RESIPI SPESIAL ; NEK ROS` ONDEH-ONDEH (:
Bahan-bahan yang diperlukan ;
Gula melaka ( beberapa batang digunakan )
Tepung ( 200g )
Kelapa Parut ( tambah sedikit garam padanya dahulu )
Pewarna hijau
Daun Pandan ( dipetik oleh datuk saya daripada pokok pandan sendiri ! )
Cara-caranya ;
Sediakan bahan-bahannya
Titiskan pewarna hijau secukup-cukupnya ke dalam tepung
Tambah sedikit air jarang lalu adun tepung itu
Ambil segumpal tepung lalu meletakkan seketul gula melaka di dalamnya ( menjadi isinya )
Adun tepung itu sehinga bentuknya menjadi bulat
Panaskan air sehingga mendidih lalu letakkan ondeh-ondeh di dalam air yang telah mendidih. Letakkan satu-satu di dalam air jika kamu ingin bentuk ondeh-ondeh itu menjadi apa yang diinginkan. ( sempurna )
Tunggu sehingga ondeh-ondeh itu timbul di bahagian atas air barulah boleh angkat keluar ondeh-ondeh yang hampir siap
Gaulkan ondeh-ondeh itu dengan kelapa parut ( menggunakan sudu atau tangan )
Siap pun ondeh-ondeh ini ... tetapi , jangan makan dengan segera kerana intinya panas meletup ! Tunggu selama beberapa minit dan YUM !
Khasiatnya ; Tepung dibuat dari gandum dan ia sihat untuk badan kita.
Waktu ambil to habis : 45 minit
Inilah apa yang saya membuat semasa nenek saya sedang membuat ondeh-ondeh ; saya mencatat kelakuannya. Bagus juga, yah ? Belajar sambil menulis catatan. Selepas habis membuat ondeh-ondeh ini, saya menyuruh datuk saya cuba ondeh-ondeh sambil menunjukkan muka sepeti muka badut. ( Ia menunjukkan bahawa dia suka dengan rasa ondeh-ondeh ) Dia juga membuatnya ! Kelakar seklai ! Saya hendak berterima kasih kepada datuk dan nenek saya kerana memberi sokongan kepada projek saya ini ! SAYA SAYANG DATUK & NENEK SAYA ! (:
Saya sedang memuatnaikkan video-video dari kamera saya dan ia mengambil masa yang agak lama . Lama saya menunggu . Tidak mengapa . Saya harap ahli kumpulan saya semua menghargai apa yang telah saya lakukan sejauh ini . Saya faham kamu semua tidak mencukupi masa untuk menolong dengan projek ini tetapi saya juga tidak ada banyak masa . Kerja rumah saya belum lagi diselesaikan . Mungkin semua akan diselesaikan hari ini juga ... Tambahan lagi , markah peperiksaan saya tidaklah begitu baik . Saya risau sangat sangat ...
Hmm .. apa lagi yang harus dibualkan yah .. OH YA ! Baru saya ingat . Saya juga menemu duga nenek saya selepas selesai membuat ondeh-ondeh . Saya akan menuliskan perbualannya .
Saya : " Daripada siapakah yang kamu belajar membuat ondeh-ondeh ? " Datuk bergurau : "Atuk ahh , siapa lagi " Nenek : " Ahh , jangan merepek , nak masak kari tak tau , ingat tau buat ondeh-ondeh ? Nek belajar daripada arwah mak " Saya : " Ohh begitu . Bilakah nenek mula belajar membuat ondeh-ondeh ? " Nenek : " Nenek mula membuat ondeh-ondeh semasa nenek berumur 20 tahun " Saya : " Apakah kesulitan yang dihadapi semasa membuat ondeh-ondeh ? " Nenek : " Apabila tak cukup bahan-bahan yang diperlu , susahlah nak sambung buat . Tetapi , ondeh-ondeh adalah kuih yang paling mudah untuk dibikin " Saya : " Berapa banyakkah ondeh-ondeh yang dibuat terbanyak sejauh ini " Nenek : " Sejauh ini , 80 ondeh-ondeh yang terbanyak Nek membuat pada satu hari tu . Nenek pernah membuat ondeh-ondeh untuk beberapa majlis , terutama kali bulan Ramadhan" Saya : " Pernakah nenek terfikir untuk membuka kedai ondeh-ondeh " Nenek : "Tidak pernahlah ... tak kuasa orang tua ni . " Saya : " OK nek , terima kasih ! " Nenek : "Sama-sama ! "
Wednesday, March 12, 2008
10:10 PM
HELLO teman-teman !
Saya minta maaf kerana hari ini saya tidak dapat membuat ondeh-ondeh bersama nenek saya. Sebab itulah saya tidak ada apa-apa untuk memuatnaikkan hari ini.
Bahan-bahan untuk membikin ondeh-ondeh belum lagi dibeli. Seperti kelapa dan lain-lain lagi. Kami telah menukarkan hari untuk membuat ondeh pada hari Jumaat ini.Jangan lupa untuk menyaksikan video yang akan saya memuatnaikkan di blog ini yah ! (:
Alah .. penatlah saya. Esok, saya perlu ke sekolah untuk hadiri kelas Choir. Tak bolehlah saya untuk bangun lewat esok kerana kelas bermula pada 9 pagi. Dan saya tinggal di Bedok dan harus bangun pada 6-7 pagi?
Kerja rumah belum lagi selesai. Saya takut saya tidak cukup masa untuk selesaikan kesemuanya. Tidak mengapa, saya akan cuba.
Baiklah, saya hendak menghabiskan tugas-tugas yang diberikan oleh guru. (:
AINI
Tuesday, March 11, 2008
9:05 PM
HELLO !
Saya sedang mencari kedai-kedai yang menjual ondeh-ondeh di Singapura. Masalahnya ialah, tidak semua kedai halal!
Kebanyakan kedai yang menjual ondeh-ondeh adalah kedai Cina. Saya tidak begitu pasti tetapi sejauh ini, saya dapat tahu bahawa Bengawan Solo sahaja kedai yang halal. Adakah kedai-kedai halal yang lain yang juga menjual ondeh-ondeh? Jika ada, tolong memberitahu kami dengan meninggalkan komen di 'tagboard' kami.
Gambar itu membuktikan bahawa kami telah bertemu selepas waktu sekolah untuk berbincang tentang projek ini.
Sekarang baru saya tahu betapa susahnya untuk projek ini berjalan dengan begitu baik sekali. Saya telah berbual di telefon dengan Atiqah beberapa jam lalu. Tetapi, dia berkata bahawa dia harus pergi ke Pahang pada malam ini. Keinginan saya ialah untuk kami semua bertemu dan berbincang sekali lagi bagaimana kami hendak menemu duga seseorang yang mahir membuat ondeh-ondeh dan apakah soalan-soalan yang harus kami menyoal kepada mereka.
Saya takut projek ini tidak akan berjalan dengan sebaik-baiknya kerana semua ahli kumpulan terlalu sibuk pada waktu cuti sekolah ini. Tetapi, saya sedang bekerja dengan keras untuk memperbaiki lagi blog ini dan mencari lebih lagi maklumat tentang ondeh-ondeh.
Esok hari, saya telah bercadang untuk membuat ondeh-ondeh bersama dengan nenek saya. Mungkin saya akan menemu bual dengannya. Tetapi, saya tidak begitu pasti kerana mungkin kesuntukan masa. Saya akan cuba ya! (:
NURUL AINI .
Sunday, March 9, 2008
3:32 PM
Selamat petang kawan-kawan!
Semalam, saya pergi ke Bedokuntuk mencari ondeh-ondeh yang dijual di kedai-kedai yang popular seperti Bengawan Solo.
Saya pun nampak ondeh-ondeh yang dijual dalam paket kecil. Di dalam satu paket ada enam biji ondeh-ondeh.Nampak enak tetapi begitu kecil! Ia berharga $2.40. Mahal juga, sebab itulah saya tidak mendapatkannya kerana tidak membawa cukup duit. Saya akan cuba untuk membeli dan merasanya. Tetapi ya, saya rasa nenek saya buat lebih enak daripada ondeh-ondeh yang dijual!
Selamat bercuti semua! Banyak sungguh projek yang harus diselesaikan. Bingung saya dibuatnya!
NURULAINI (:
Jurnal UnTuk 28 Februari 2008!:)
Wednesday, March 5, 2008
11:42 PM
Hai ! Hari ini adalah hari terakhir kami akan berbincangkan tentang projek kami ini. Masalah yang kami hadapi sekarang adalah kami tidak tahu di kedai manakah yang boleh kami wawancarakan tentang ondeh-ondeh. Cikgu tolonglah kami! Tolong!Jadi kami sekumpulan tengah pening memikirkan tentang masalah ini. Itulah sahaja saya mahu membincangkan sejauh ini! Selamat bertugas kawan-kawan!!
Atiqah(1A2)
Jurnal Untuk 14 Februari 2008!
11:32 PM
Apa khabar semua ?
Pada pertemuan untuk hari ini , kami berbincang tentang bagaimana projek ini telah berlangsung. 'Adakah ia sangat susah ataupun senang untuk mencari maklumat?' Tetapi kumpulan saya cuma berkata projek ini berjalan dengan lancar. Sebab itulah kami tidak berbincang lebih banyak tentang maklumat tetapi tentang apa harus kita lakukan untuk membuat blog kami ini lebih banyak dengan maklumat atau gambar tetapi sejauh ini kami belum lagi mengambil gambar masing-masing. Itulah yang kami bincangkan dan pertemuan yang seterusnya adalah pada 28 Februari 2008 ! Selamat tinggal !
Atiqah(1A2)
Jurnal unTuk 30 Januari 2008!
11:17 PM
Pada hari ini,kami berkumpul di kantin selepas sekolah untuk berbincang tentang project kami.Kami berbincang bilakah akan kita mulakan tugasan kami.Namira dan Aini ditugaskan untuk mencari maklumat dan muatnaikkan maklumat di blog kami ini.Saya dan Atikah Musa pula bercadang untuk membantu mencari lebih banyak maklumat.Saya juga ditugaskan untuk membuat jurnal untuk kumpulan kami.Tetapi saya sibuk sekali, tapi saya cuba untuk muatnaikkan jurnal ini.Kalau kawan-kawan saya yang lain boleh buat kenapa saya tidak.Jadi hari ini adalah hari yang sibuk sekali untuk saya.Itulah saja saya boleh katakan.Selamat Tinggal!
Monday, February 18, 2008
8:50 PM
hello !
saya ingin berkongsi sedikit tentang ondeh-ondeh...
ondeh-ondeh adalah antara kih-muih yang lazat tetapi tidak banyak
kedai makan menjual kini.
ada kebolehan yang kelapa yang dibubuhkan kepada kuih tersebut membuatnya sedap
dan ada juga kebolehan yang gula melaka di dalamnya yang membuat
enak atau semuanya sekali.
ia juga diketahui bahawa kuih ondeh-ondeh dimulakan dari negara Indonesia lalu diikuti
oleh bangsa Melayu dan sebagainya.
walaupun selazatnya kuih ondeh-ondeh itu , ia amat sukar untuk dibuat.
itulah yang sebabnya mengapa ia semakin susah untuk didapati di Singapura.
kuih ondeh-ondeh itu berwarna hijau kerana pulut itu dicampurkan dengan daun pandan.
intinya adalah gula melaka yang akan bercair di dalam mulut
serta kelapa yang termasuk dalam bahagian rasa kuih ondeh-ondeh itu...
credits to atikah....
sekelian terima kasih...
Saturday, February 9, 2008
10:36 PM
Apa yang perlu kami lakukan ? ♥ - mewawancara seorang tentang ♥ Siapa yang akan melakukannya? ♥ - AiNi && NaMiRa Apakah bahan-bahan yang diperlukan? ♥ - tape recorder , kamera... Bila harus kami mula ? ♥ - minggu hadapan , 16/17 Bila harus selesai ? ♥ ♥ - 23/24 Februari '08
Apa yang harus kami lakukan ? ♥ - cari maklumat tentang ondeh-ondeh Siapa yang akan melakukannya ? ♥ - AtIqAh && AtIkAh Apakah bahan -bahan yang diperlukan ? ♥ - bahan rujukan Bila harus kami mula ? ♥ - minggu hadapan , 11 - 22 Februari '08 Bila harus kami selesai ? ♥ - 23/24 Februari
Apa yang perlu kami lakukan? ♥ -tahu membuat ondeh-ondeh Siapakah yang akan melakukannya? ♥ -AiNi , NaMiRa , AtIkAh && AtIqAh Apakah bahan-bahan yang kami perlukan ? ♥ - kepandaian , pemahaman , kesabaran...:) Bila harus kami mula? ♥ - 23/24 Februari Bila harus kami selesaikan ? ♥ - 23/24 Februari
we are 'under construction' to improve our plans...
SITI NAMIRA
Friday, February 8, 2008
11:59 AM
RESIPI ONDEH-ONDEH
Bahan-bahan
Kulit
600 gram tepung pulut diayak
450 ml air suam
50 gram bijan
2 biji telur
garam secukupnya
minyak secukupnya
Inti
1200 ml air
600 gram kacang merah
150 gram gula Melaka
150 gram gula pasir
2 sudu makan tepung ubi
2 helai daun pandan yang dipotong kecil
Cara memasaknya
Rebuskan kacang merah yang sudah dicuci dengan air hingga kembang.
Masukkan gula Melaka dan gula pasir. Gaul rata dan masaklah hingga hampir kering.
Taburkan tepung ubi supaya inti menjadi kental dan boleh dibulat-bulatkan setelah sejuk nanti. Angkat dan ketepikan.
Untuk kulitnya, adun tepung bersama air suam, telur dan garam. Bentukkan bulat dan tekan bahagian tengahnya, untuk dimasukkan inti. Selepas itu, bulatkan seperti bola golf.
Golekkan di atas bijan, sambil ditekan-tekan sedikit agar bijan melekat.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian gorenh adunan dengan api perlahan sehingga kekuningan. Angkat dan sedia dihidang.
Rujukan : Majalah Rasa keluaran September 2006
Saya rasa bahawa resipi ini baik untuk semua kerana ia tidak menggunakan banyak sangat bahan-bahan yang mahal untuk didapati dan bahan-bahannya juga menggunakan makanan-makanan yang sihat. Seperti, kacang merah dan telur. Daun pandan juga digunakan.
NURUL AINI
11:27 AM
Selamat pagi semua! (:
Saya Nurul Aini dan saya telah menukarkan blogskin blog ini! Saya pun telah memasukkan 'tagboard' di belah tepi sana. Harap kamu semua akan memberi komen yang bernas yah?
Perancangan Projek telah berjalan dengan lancar. Tetapi, kami belum berbincang tentang tugasan-tugasan masing-masing.
Sejauh ini, kami telah bercadang untuk fokus kepada cara membuat ondeh-ondeh. Kami semua suka memakan ondeh-ondeh! Sungguh lazat rasa intinya yang manis! (: Jangkanya, kami akan temuduga seorang yang mahir membuat ondeh-ondeh. Seperti, orang-orang yang mengadakan gerai ondeh-ondeh. Ataupun, ahli keluarga kami sendiri! Kalau ada masa, kami mungkin akan mengetik gambar-gambar untuk dimuatnaikkan di blog ini.
Kami bercadang untuk belajar membuat ondeh-ondeh yang berwarna-warni (:
Sangat menyelerakan yah? YUMMY! Ondeh-ondeh digaulkan dengan kelapa .. Intinya adalah gula melaka yang akan dicairkan dalam proses.
Ondeh-ondeh nampak kecil tetapi rasanya sungguh enak dan kamu pasti hendak satu lagi selepas mencubanya! Percayailah saya! (: SUMBER-SUMBER GAMBAR YANG DIPETIK;